hai hai hai

selamat datang ke blog paling poy0 abad ini!
blog ini sungguh poyo kerana tuan blogger still takde skill+malas+hanya tawu mengarut saja,
0hh~
sila lah bantu dia!!kesian dia nihh T_T

Sunday, June 24, 2012

mungkin tak cukup sweet


“CUR HAT SI KURUS UNTUK SI KURUS”

Assalamualaikum kawan sekurus,
Takde kata bagus aku nak luah seperti Kak Rus.
Ekspresiku mungkin nampak pegun tak telus,
Suaraku juga halus kurus,
Diluah dipamir terus,
Aku bimbang sungguh kelihatan tak terurus.

Hei kawan sekurus,
Kita mungkin sama tirus.
Langkah ke kuliah jarang sekali tak lurus.
Begitu fikiran Insyaallah tak pernah tak jurus.
Cinta padaNya,
Kita sama bulat nak tulus. Kan itu bonus?

Namun si kurus,
Kita ini bukan sama bintangnya Taurus,
Hari gembira tak semestinya harus,
Bicara kata adakalanya benar menghunus,
Jiwa si insane normallah dijangkiti virus.
Bukanlah maksum yang sentiasa mulus.
  
Terus-terus,
Aku yang tak khusus, cepat cepat bertadarus,
Bimbang dibius dosa wajib lupus.
Hembus, bungkus, berus, jirus,
Seribu usaha diikhtiar agar biar terjerumus pupus.
Maafkan aku andai usahaku ini tak cukup lulus,
Tiadalah daya untukku menebus.

Terima kasih si kurus,
Terima kasih sudi mengurus,
Terima kasih peringatan menerus,
Tentang diri yang serba haus,
Tentang fulus, usus dan dunia yang tak kudus.
Kau anugerah yang ditakdirkan tercelus.

Sahabatku si kurus,
Saat alveolus dan oksigen sudahlah putus,
Bilamana jasad sudah ke tanah ditimbus,
Tungkus lumuslah  Fatihah diutus.
Janganlah air mata bergugus yang dicetus,
Kerana aku ini, insan tak ‘blues’,(HAHA Yeah you know me rite?)
Hanyalah mendoakan ukhuwah fillah ini Allah panjangkan ke Firdaus.


No comments:

Post a Comment