hai hai hai

selamat datang ke blog paling poy0 abad ini!
blog ini sungguh poyo kerana tuan blogger still takde skill+malas+hanya tawu mengarut saja,
0hh~
sila lah bantu dia!!kesian dia nihh T_T

Monday, August 13, 2012

Muhasabah


Apa yang nampak di luar itu mudah saja dihukum membabi buta. 
Tanpa mereka mengetahui  apa yang tersirat di dalam. 
Apa yang dijihad di dalam.
Apa yang dironta di dalam. 

Manusia senang amat mengadili. Tanpa penilaian menggunakan akal, berlumba-lumba menjadi hakim hanya bersandarkan pada mata kasar. Ya, penampilan di luar sesungguhnya tidak dapat dinafikan ke’luarbiasaan’ kuasanya.

Tapi, sedarkah mata-mata sekalianku,
Kuasa penilaian itu hanyalah urusan Allah. Jadi, mengapa harus tamak ?

Usahlah terlalu memandang di luar itu sampai buta mencari potensi yang baik dalam diri setiap insane.
Usahlah terlalu sibuk mengejar kesempurnaan yang mungkin nampak gah dari luar sampai budi sekecil zarah dipandang enteng cuma.
Usah terlalu berburuk sangka dengan si ‘biasa-biasa’ tanpa kalian tahu apa titik perubahan yang sedang mahu digerakkan pada setiap detik di keping-keping hati tersebut.
Usah terlalu taksub meletakkan ‘level’ tertentu pada hati hati tersebut tanpa kalian tahu apa yang bakal terjadi di hari mati.

Kesimpulannya, kita ini sama saja di sisi Allah. Tidak sempurna. Hanya yang membezakan adalah takwa. Oleh itu, mari buktikan kita ini insane bertakwa!

Tak perlu kecoh, tak perlu gebang, tak perlu bising. Yang penting, jangan menipu sama hati.


Ye ke?

Muka buruk yang dipandang sepi,
Senang dilupakan, senang saja diendahkan,
Selagi mana tiada kuasa tiada akal yang dapat menyumbang,
Maka teruslah ia tenggelam di celah-celah lautan muka si cantik.

Tapi, muka buruk inilah yang telah banyak berjasa,
Mengajar erti kesabaran sebenar,
Mengajar diri berlatih muhasabah,
Mengajar diri dekat padaNya,
Mengajar diri apa itu hidup.

Jangan dirungut bermuka buruk,
Jangan disoal itu takdirnya,
Kerna muka buruklah yang banyak menyelamat,
Dari fitnah, sombong, dan bodoh yang sering menghinggap si cantik.

Cantik tapi bodoh rugi,
Hodoh tapi cerdik selamat,
Cantik dan cerdik bonus,
Hodoh dan bodoh memang parah.

Eh buruknya.. buruknya  =P