haha.mmg pn.
xpe2.
t0day even i 'xdela semangat mana' i still nk share dgn u all 1 artikel ni yg sgt2 telah buat i sedar akan sumthing which i ever d0ubt ab0ut it bef0re.
really makes senses.
and i h0pe the same g0es t0 u t0o^^
btw
artikel ni i dpt dr sini: http://meenkadir.wordpress.com(xsure link ni b0le x)
million thanks to the blogger for hujah yang mantap and..
i'm thinking to share kat facebook tp xb0le pulak T_T
bacalah sape yg nak baca 0.0
Sering, ungkapan ‘nak buat macamana dah, aku dah jatuh cinta!’ menjadi alasan untuk meneruskan episode berkasih-kasihan dengan pasangan cinta kita. Seolah-olahnya, ‘sudah jatuh cinta’ itu menjadi tiket untuk wewenang berbuat apa saja. Walaupun kolam cinta yang dia terjatuh ke dalamnya itu adalah kolam cinta nafsu yang terlarang.
Umpama bila kita terjatuh ke dalam longkang yang busuk. Adakah kita akan terus berendam di dalamnya semata-mata kerana kita sudah terjatuh ke dalamnya? Tidakkah seharusnya kita berusaha untuk keluar darinya, setelah kita menyedari bahwa kolam yang kita sangka bersih itu tadi adalah longkang yang busuk di sisi pembuatnya?
Jangan sekali-kali CINTA dan berperasaan jatuh cinta itu dijadikan alasan untuk kita terus bergelumang dalam air longkang yang busuk itu. Bangkit dan keluarlah dari ‘jatuhan’ kita, lalu bersihkan diri kita dengan apa cara jua yang sepatutnya, supaya kita kembali bersih dan tidak busuk lagi. Setelah menyedari air longkang yang busuk, pilihan terletak atas kita untuk terus busuk, atau mahu berubah menjadi bersih dan wangi semula. Kita yang akan dipertanggung jawabkan atas pilihan yang kita buat sendiri. Oleh itu, buatlah pilihan yang tepat.
Sekali lagi ummi bilang, pilihan atas kita. Susah senang, kita yang memilih. Biar susah dahulu, tapi kita bebas dari neraka Allah yang Maha pedih azabnya. Biar kita syahid dalam mujahadah kita melawan arus, demi berpaut ke tebing dan melonjak diri keluar dari longkang busuk CINTA NAFSU. Sekurang-kurangnya, syahid kita akan berbalas Syurga Allah nan indah. InsyaAllah.
Nabi s.a.w pernah menyebut tentang menyimpan cinta mendatangkan keuntungan di akhirat,
Sesiapa yang jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya hingga datang kematian, maka dia adalah seorang yang syahid.
Nah! Samalah tu, menyimpan cinta di hati sendiri kerana takut terjebak dalam cinta nafsu, dan usaha membersihkan diri dari cinta terlarang itu. Mujahadahnya sama kan? Bukan senang nak mengepong rasa gejolak cinta di dada.Sesungguhnya, Syurga Allah itu manis, selayaknya mujahadah itu pahit.
Sesungguhnya Syurga Allah itu dipagari dengan perkara-perkara yang tidak disenangi nafsu,memasukinya amat perlu pada peperangan dengan menewaskan dahulu hawa nafsu tersebut, manakala Neraka Allah itu digamit dengan perkara-perkara yang indah pada nafsu, menerobosnya amat mudah bila nafsu dibiar menjadi raja.
Sekali lagi, perhatikan, yang mana satu pilihan kita?
Bila Sudah Jatuh Cinta, bangkit, dan keluarlah darinya supaya kita kembali bersih dan harum dengan dua cara:
- Tekad untuk memutuskannya, dan bersihkan diri dengan amalan-amalan yang akan memelihara kita dari terjebak semula, atau
- Bangkit bersama dia yang kita cinta, lalu jadikan CINTA NAFSU yang terlarang tadi menjadi CNTA SUCI yang dirahmati dengan ikatan akad yang penuh dengan tanggung jawab kedua-dua pihak.
Kedua-dua cara memerlukan pada tatacaranya yang tersendiri, tanpa mengenepikan hukum Ilahi.
Bagi yang memilih cara kedua, pastikan:
- Restu Ilahi melalui restu ibu ayah diperolehi terlebih dahulu. Kalau tidak, berpadalah sebentar dengan cara pertama di atas, dalam usaha memperoleh restu mereka sekali lagi.
- Bila restu sudah diperolehi, pastikan calon suami itu benar-benar layak menjadi suami kita dunia dan akhirat. Kalau ciri-cirinya belum sempurna, berusahalah ke arah itu dengan hati yang ikhlas, sebelum memulakan sesuatu.
- Bila ciri-cirinya sudah terpenuhi, laksanakan pernikahan sebaik mungkin tanpa membelakangkan hak Allah sebagai Rabb dan Ilah kita, agar terjamin kesejahteraan hidup dunia dan akhirat.
as for me..i believe in Him and qada qadarNya..i sabar.. and for the time being..
i w0uld choose the first option.i nak syahid =)))
sama-samalah kita mem0hon keampunan daripadaNya.wallahualam.
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMu. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang sangat banyak pemberianNya
(Surah Al Imran ayat 8)
No comments:
Post a Comment