hai hai hai

selamat datang ke blog paling poy0 abad ini!
blog ini sungguh poyo kerana tuan blogger still takde skill+malas+hanya tawu mengarut saja,
0hh~
sila lah bantu dia!!kesian dia nihh T_T

Monday, August 13, 2012

Muhasabah


Apa yang nampak di luar itu mudah saja dihukum membabi buta. 
Tanpa mereka mengetahui  apa yang tersirat di dalam. 
Apa yang dijihad di dalam.
Apa yang dironta di dalam. 

Manusia senang amat mengadili. Tanpa penilaian menggunakan akal, berlumba-lumba menjadi hakim hanya bersandarkan pada mata kasar. Ya, penampilan di luar sesungguhnya tidak dapat dinafikan ke’luarbiasaan’ kuasanya.

Tapi, sedarkah mata-mata sekalianku,
Kuasa penilaian itu hanyalah urusan Allah. Jadi, mengapa harus tamak ?

Usahlah terlalu memandang di luar itu sampai buta mencari potensi yang baik dalam diri setiap insane.
Usahlah terlalu sibuk mengejar kesempurnaan yang mungkin nampak gah dari luar sampai budi sekecil zarah dipandang enteng cuma.
Usah terlalu berburuk sangka dengan si ‘biasa-biasa’ tanpa kalian tahu apa titik perubahan yang sedang mahu digerakkan pada setiap detik di keping-keping hati tersebut.
Usah terlalu taksub meletakkan ‘level’ tertentu pada hati hati tersebut tanpa kalian tahu apa yang bakal terjadi di hari mati.

Kesimpulannya, kita ini sama saja di sisi Allah. Tidak sempurna. Hanya yang membezakan adalah takwa. Oleh itu, mari buktikan kita ini insane bertakwa!

Tak perlu kecoh, tak perlu gebang, tak perlu bising. Yang penting, jangan menipu sama hati.


Ye ke?

Muka buruk yang dipandang sepi,
Senang dilupakan, senang saja diendahkan,
Selagi mana tiada kuasa tiada akal yang dapat menyumbang,
Maka teruslah ia tenggelam di celah-celah lautan muka si cantik.

Tapi, muka buruk inilah yang telah banyak berjasa,
Mengajar erti kesabaran sebenar,
Mengajar diri berlatih muhasabah,
Mengajar diri dekat padaNya,
Mengajar diri apa itu hidup.

Jangan dirungut bermuka buruk,
Jangan disoal itu takdirnya,
Kerna muka buruklah yang banyak menyelamat,
Dari fitnah, sombong, dan bodoh yang sering menghinggap si cantik.

Cantik tapi bodoh rugi,
Hodoh tapi cerdik selamat,
Cantik dan cerdik bonus,
Hodoh dan bodoh memang parah.

Eh buruknya.. buruknya  =P

Sunday, June 24, 2012

mungkin tak cukup sweet


“CUR HAT SI KURUS UNTUK SI KURUS”

Assalamualaikum kawan sekurus,
Takde kata bagus aku nak luah seperti Kak Rus.
Ekspresiku mungkin nampak pegun tak telus,
Suaraku juga halus kurus,
Diluah dipamir terus,
Aku bimbang sungguh kelihatan tak terurus.

Hei kawan sekurus,
Kita mungkin sama tirus.
Langkah ke kuliah jarang sekali tak lurus.
Begitu fikiran Insyaallah tak pernah tak jurus.
Cinta padaNya,
Kita sama bulat nak tulus. Kan itu bonus?

Namun si kurus,
Kita ini bukan sama bintangnya Taurus,
Hari gembira tak semestinya harus,
Bicara kata adakalanya benar menghunus,
Jiwa si insane normallah dijangkiti virus.
Bukanlah maksum yang sentiasa mulus.
  
Terus-terus,
Aku yang tak khusus, cepat cepat bertadarus,
Bimbang dibius dosa wajib lupus.
Hembus, bungkus, berus, jirus,
Seribu usaha diikhtiar agar biar terjerumus pupus.
Maafkan aku andai usahaku ini tak cukup lulus,
Tiadalah daya untukku menebus.

Terima kasih si kurus,
Terima kasih sudi mengurus,
Terima kasih peringatan menerus,
Tentang diri yang serba haus,
Tentang fulus, usus dan dunia yang tak kudus.
Kau anugerah yang ditakdirkan tercelus.

Sahabatku si kurus,
Saat alveolus dan oksigen sudahlah putus,
Bilamana jasad sudah ke tanah ditimbus,
Tungkus lumuslah  Fatihah diutus.
Janganlah air mata bergugus yang dicetus,
Kerana aku ini, insan tak ‘blues’,(HAHA Yeah you know me rite?)
Hanyalah mendoakan ukhuwah fillah ini Allah panjangkan ke Firdaus.


Wednesday, February 8, 2012

Assalamualaikum.

Dear people, sometimes i do think like "to tolerate our dislike'" is the most difficult thing in life. But then, i keep figuring it out and found the best 'heart-soothing' solution.

Actually, there's nothing much we could do about that (i might say we have a limited option) except for being positive, patient and praying to Allah to grant us more strength, gift and Jannah (it is part of motivation indeed). If only you could accept those 'stuff' like receiving a gift, that is so lucky of you, UNFORTUNATELY we are just mankind.

"Indeed, mankind was created anxious, when evil touches him, impatient, And when good touches him, withholding [of it], Except the observers of prayer, Those who are constant in their prayer, And those within whose wealth is a known right, For the petitioner and the deprived, And those who believe in the Day of Recompense.And those who are fearful of the punishment of their Lord" (surah Al-Ma'arij 20-27)

Another thing I keep reminding myself to always stay calm and not get angry easily. It probably may look simple to you but it is a big adjustment for me, you know.

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa seorang lelaki telah berkata kepada nabi SAW yang maksudnya:

”Berwasiatlah kepada ku. Sabda Rasulullah SAW: “Jangan kamu marah.” Maka lelaki itu mengulangi kata-katanya berulang kali. Sabda Rasulullah SAW: “Jangan kamu marah” (hadith al-Bukhari)

Ya. Sesungguhnya kemarahan akan mengumpulkan segala keburukan. Jadi, jangan cepat marah even when we are dealing with negative people. Remember, we too, can't make everybody like us right? Just pray good for them coz sometimes it is imposibble for us to hate people that we pray everyday.

And 1 more thing. I have a good info here. Do try to read..

"Open-mindedness, flexibility, trust in other people: all these require certain cognitive abilities. Understanding and accepting others – particularly "different" others – requires an enhanced capacity for abstract thinking." (George Monbiot)

..and learn from it.





Wednesday, June 1, 2011

You define YOU.



Don't expect others to make you happy.
You make you happy. you make you sad. you define YOU.
Only rely on Allah and you yourself, not anyone else.


and that's why i love u wardina safiyyah~ =)





p/s : need to be more independent next time


monolog maghrib

Assalamualaikum blog syg.

Sorry lama tak tanya khabar awak. Erm tadi saya belek-belek awak. Baca entry lama-lama tu (eh takdela lama mana) rasa nak ketawa hehe. Pastu malu pulak bila baca terus saya delete. Sebab tu la saya rasa saya tak bole maintain jaga awak taw. Kesiannya awak. Sorry yer hehe.

Saya ada banyak sebab tak bole jaga awak. Saya sayang kat awak tapi tapi tapi.. erm banyaknya tapi..

TAPI YANG PERTAMA.. Saya tak pandai menulis. Tulis padam tulis padam. Pastu kalau baca yang lama-lama, mesti nak delete balik pasal malu bila baca. Erm maybe sebab perangai saya yang tak istiqamah ni kot. Angin tukar-tukar. hehe.

TAPI YANG KEDUA.. Saya takut nak menulis. Entah. Saya takutla perspektif orang. Lain-lain. Nanti kalau salah tulis,kena marah macamana? Nanti saya mesti nangis. Erm lembiknya saya ni =(

TAPI YANG KETIGA.. Saya paling takut fitnah dunia. Kadang kadang bila mood tak baik, saya tak reti nak fikir rasional. Semua pun nak emosi. Habis semua saya cerita. Tapi time tu je la.. so, saya takutla in case ada aib sape-sape yang saya da bukak tanpa segan silu kan? haha. Erm tak baiknya mcm tuuu

TAPI YANG KEEMPAT.. Saya tak cukup ilmu lagi la. Saya suka baca blog yang bole ajak orang berfikir macam dia, dia, dia. Taknak lah nampak picisan sgt kan? Lagipun, orang salu marah if buat blog macam diary kan? (saya la tuh haha) So, better saya simpan awak diam-diam dulu ok? Amoi cantik tamaw malah malah yee

TAPI YANG KELIMA.. Saya tak cukup free lagi la awak. (mesti yang ni awak cakap alasan semata-mata kan?memang punnn haha)

OK la. cukup la dulu TAPI saya untuk hari ni. tiba-tiba tadi teringat kat awak. tu pasalla..
Takpe. Nanti tunggu cikgu saya datang ajar saya dulu ok. Jangan merajuk-merajuk taw.
i love you.

Wednesday, April 20, 2011

it's you-my dream!

Assalamualaikum!

I need you jazz! plz come to me~(T_T)

Never mind. one fine day, i'll get you ok?

By hook or by crook. It doesn't matter at all.

You duduk diam diam je kat kedai ye?

Heeeeee.....